- Ia terdiri daripada jantung dan salur-salur darah
- Ia bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan ekskretori
- Ia adalah sihat apabilah:
- Jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan
- Saluran darah mudah lentur, anjal, dan tidak tersumbat
- Darah tidak melekit atau pekat
Fungsi asanya adalah:
- Untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon
- Untuk menyingkirkan sisa daripada tisu
Akibat / implikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:
- Boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang dan sistem pembiakan
- Penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:
- Penyakit jantung koronari
- Strok
- Hipertensi
- Aterosklerosis*
Statistik
- Pada tahun 2002, sebanyak 16.7 juta orang di dunia ini meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kardio. (World Health Report, 2004)
- Penyakit jantung ialah pembunuh No.1 di Malaysia & Brunei dan pembunuh No.2 di Singapura (NST Online;www.brudirect.com; Singapore Heart Foundation)
- 6 kes serangan jantung berlaku setiap jam di Malaysia (Berita Harian 24 Apr 2007)
- CVD - dijangka menyebabkan 7 daripada setaip 10 kematian di Malaysia menjelang 2020 (Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition 2001)
- Jika saluran tersumbat tidak dibersihkan dalam masa 3 jam, 90% daripada bahagian jantung yang memerlukan darah mungkin mati (Hardvard Medical School, Family Health Guide)
*aterosklerosis adalah suatu penyakit pada arteri, apabila plak-plak berlemak berkembang pada dinding dapam, menyebabkan penyekatan aliran darah.
0 comments:
Post a Comment