Friday, February 4, 2011

Analisis Rawatan Air.



Sebersih Manakah Air Minuman Anda?



Kualiti air minuman mempunyai kesan langsung terhadap kesejahteraan kita memandangkan 70% daripada kandungan badan kita ialah H2O. Air memainkan peranan yang sangat penting terhadap hampir keseluruhan fungsi badan, khususnya dalam:
  • Detoksifikasi badan
  • Melicinkan sendi sistem tulang
  • Menyokong sistem pencernaan
  • Mengawalatur suhu badan
  • Menyalurkan nutrien dan oksigen ke sel-sel

Adakah kami sedang minum air yang tercemar tanpa disedari? Air yang tercemar tidak semestinya kelihatan keruh. Hakikatnya, banyak bahan cemar terdapat dalam air yang jernih.


Analisis metode
rawatan air rumah anda»


Sumber & Kesan Kesihatan Bahan Cemar dalam Air Minuman

Bahan cemar sering dibahagikan kepada kategori yang berbeza, atau jenis, seperti berikut:
  1. Bahan cemar biologi termasuk "organisma hidup" seperti bakteria, virus, sistas, dll. Mereka bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang setiap tahun.
  2. Bahan cemar organik termasuk racun serangga, racun rumpai, racun kulat, farmaseutikal, dll. dan ditemui dalam air di seluruh dunia. Mereka boleh menyebabkan, di antaranya, gangguan sistem endokrin, kanser dan kematian.
  3. Bahan cemar bukan organik termasuk pepejal terlarut seperti nitrat, nitrik asbestos, kalsium, magnesium, dll., ditambah dengan logam larut seperti plumbum, arsenik, kadmium, tembaga, dll.
  4. Klorin/Produk Sampingan Disinfeksi, juga dikenali sebagai DBP, termasuk Trihalometana dan Bromida. Banyak daripada kompaun ini telah dikenalpasti baru-baru ini dan dianggap sebagai karsinogenik.
  5. Bahan cemar estetik ialah jenis yang dianggap tidak mengancam kesihatan, seperti rasa, bau, warna, dll.
BAHAN CEMAR KESAN KESIHATAN PENGAMBILAN SUMBER BAHAN CEMAR

I. BAHAN CEMAR BIOLOGI
1. Bakteria Cirit-birit, loya, kekejangan, keletihan, kerosakan hati, kegagalan hati Sisa haiwan, sisa manusia, kebocoran pada paip air bawah tanah
2. Virus Penyakit Gastroenterik Tahi manusia atau haiwan
3. Sista (Parasit) Penyakit Gastrointestinal Sisa manusia atau haiwan, produk makanan yang tercemar
4. Kriptosporidium Penyakit Gastrointestinal Sisa manusia atau haiwan, produk makanan yang tercemar

II. BAHAN CEMAR ORGANIK
5. Dioksin (2,3,7,8-TCDD) Kanser Produk sampingan penghasilan bahan kimia, ketidatulenan racun rumpai
6. Benzo(a)pyrene PAH Kanser, kesukaran pembiakan Lapisan tar batu arang, bahan organik terbakar, gunung berapi, bahan api fosil
7. Bromate Kanser Produk sampingan pengozonan
8. Karbofuran Masalah sistem darah atau saraf, kesukaran pembiakan Pengasapan tanah
9. Karbon tetraklorida Kanser, masalah hati Pelarut & produk degradasinya
10. Klordane Kanser, masalah hati, Masalah sistem saraf Peresapan rawatan tanah bagi anai-anai
11. Klorobenzena Masalah sistem saraf, masalah buah pinggang dan hati Pelarut sisa daripada proses penyahgrisan logam
12. Dibromokloropropane (DBCP) Kanser Peresapan daripada pengasapan tanah
13. Diklorobenzena (ortho-) Masalah buah pinggang & hati, kerosakan sel darah Cat, kompaun pembersihan enjin, pencelupan, sisa bahan kimia
14. Diklorobenzena (para-) Kanser Pewangi bilik dan air, ubat gegat
15. Dikloroetana (1,2-) Kanser Gas berplumbum, pengasapan, cat
16. Dikloroethylene(1,1-) Kanser, kesan pada hati & buah pingggang Plastik, pencelup, minyak wangi, cat
17. Dikloroethylene (cis-1,2- & trans1, 2) Kesan pada hati, buah pingggang, sistem saraf & sistem peredaran Pelarut industri sisa
18. Dikloropropane(1,2-) Kanser, kesan pada hati & buah pingggang Pengasapan tanah, pelarut industri sisa
19. Diethylhexyl phathalate Kanser PVC & plastik lain
20. Ethylbenzena Kesan pada hati, buah pingggang, sistem saraf Gasolin, racun serangga, sisa pengilang bahan kimia
21. Ethylene dibromide (EDB) Kanser Aditif gas berplumbum, peresapan daripada pengasapan tanah
22. Asid Haloasetik (HAA5) Kanser & kesan lain Produk sampingan pengklorinan air minuman
23. Heptaklor Kanser Peresapan racun serangga untuk anai-anai
24. Heptaklor eposida Kanser Biodegradasi heptaklor
25. Lindane Kesan pada hati, buah pingggang, sistem imun, sistem saraf & sistem peredaran Racun serangga, pengawalan haiwan perosak, digunakan dalam papan, taman
26. Metosiklor Kesan pada pertumbuhan, hati, buah pingggang & sistem saraf Racun serangga untuk buah-buahan, sayuran, alfalfa, haiwan perosak
27. O-diklorobenzena Kerosakan hati, buah pingggang & sel darah Cat, kompaun pembersihan enjin, pencelup, sisa bahan kimia
28. Oxamyl (vydate) Kerosakan buah pingggang Racun serangga pada epal, ubi kentang, tomato
29. Polichlorinated Biphenyls (PCBs) Kanser Minyak penyejuk daripada transformer elektrik, plasticizers
30. Styrene Kesan pada hati, sistem saraf Plastik, getah, resin
31. Tetrakloroetilena (PCE) Kanser Pembuangan kurang elok pelarut pembersihan kering dan lain-lain
32. Toluene Kesan pada hati, buah pingggang, sistem saraf & sistem peredaran Aditif Gasolin, operasi pengilangan & pelarutan
33. Toxafina Kanser Racun serangga pada lembu ternakan, kapas, kacang soya
34. Triklorobenzena (1,2,4) Kerosakan hati & buah pingggang Penghasilan racun rumpai, pembawa pencelup
35. Trikloroetane (1,1,1-) Kesan pada hati & sistem saraf Pelekat, aerosol, kain, cat, dakwat, penyahgrisan logam
36. Trikloroetane (1,1,2-) Kerosakan hati, buah pingggang & sistem saraf Pelarut getah, produk organik lain, sisa penghasilan bahan kimia
37. Trikloroetilena (TCE) Kanser Kain, pelekat, penyahgrisan logam
38. Xylenes (jumlah) Kesan pada hati, buah pingggang & sistem saraf Produk sampingan penghalusan Gasolin, cat, dakwat, pencuci
39. Adipates (diethylhexl) Mengurangkan berat badan, kesukaran pembiakan Peresapan daripada sistem paip PVC


RACUN RUMPAI
40. 2,4,5-TP (silvex) Kerosakan hati & buah pingggang Sisa racun rumpai
41. 2,4-D Kerosakan hati & buah pingggang Salinan racun rumpai
42. Alaklor Masalah Mata, hati, buah pingggang atau limpa; anemia, meningkatkan risiko kanser Salinan racun rumpai pada tumbuhan sebaris
43. Atrazina Masalah sistem Kardiovaskular, kesukaran pembiakan, tumor kelenjar buah dada Salinan racun rumpai pada tumbuhan sebaris
44. Dalapon Kesan pada buah pinggang Salinan racun rumpai
45. Dinoseb Tiroid & kerosakan oragan pembiakan Salinan racun rumpai daripada aplikasi tumbuhan dan bukan-tumbuhan
46. Diquat Kesan pada hati, buah pinggang & mata Salinan racun rumpai pada rumpai tanah atau air
47. Endothall Kesan pada hati, buah pinggang & Gastrointestinal Racun rumpai pada tumbuhan, rumpai tanah atau air
48. Glifosat Kerosakan Hati & buah pinggang Racun rumpai pada rumput, rumpai, berus
49. Pentaklorofenol Kanser, kesan pada hati & buah pinggang Pengawet kayu, racun rumpai, sisa menara penyejuk
50. Pikloram Kerosakan hati & buah pinggang Racun rumpai pada tumbuhan berdaun besar dan berkayu
51. Simazina Kanser Racun rumpai pada rumput, sesetengah tumbuhan, alga akuatik
52. Triklorobenzena (1,2,4) Kerosakan hati & buah pinggang Penghasilan racun rumpai pembawa pencelup


RACUN SERANGGA
53. Benzena Kanser Sesetengah industri makanan, gas, ubat, racun serangga, cat, plastik
54. Endrin Kerosakan hati, buah pinggang & jantung Racun serangga pada serangga, tikus, burung
55. Heksaklorobenzena Kanser Produk sampingan sisa penghasilan racun serangga
56. Heksaklorosiklopentadiana Kerosakan buah pinggang & perut Dibentuk semasa penghasilan racun serangga
UBAT FARMASEUTIKAL / PERUBATAN
57. Spt. Antibiotik, Pil Pencegah Kehamilan, Ubat jantung Potensi gangguan endokrin mutlak Kajian berterusan menunjukkan kesan negatif yang serius


III. BAHAN CEMAR BUKAN ORGANIK
58. Asbestos Kanser Pemendapan semula jadi, simen asbestos dalam sistem air
59. Antimoni Kanser Pembantut api, mercun, elektronik, seramik, logam pateri
60. Berilium Kerosakan tulang & peparu Industri elektrik, angkasa lepas, pertahanan
61. Racun Sianida Tiroid & kerosakan sistem saraf Penyalutan elektro, besi, pelombongan, plastik, baja
62. Merkuri Gangguan buah pinggang & sistem saraf Salinan tumbuhan, bateri, pemendapan semula jadi, suis elektrik
63. Nikel Kerosakan jantung & hati Aloi logam, bateri, penyalutan elektro, penghasilan bahan kimia
64. Nitrat dan Nitrik Metemoglobulinemia (Sindrom Bayi Biru) Sisa haiwan, tangki septik, kumbahan, baja, pemendapan semula jadi
65. Kekeruhan Mengganggu disinfeksi & penapisan Salinan tanah
66. Jumlah Pepejal Terlarut (TDS) Ketidakselesaan Gastrointestinal pada sesetengah orang; berpotensi membentuk batu karang buah pinggang Pemendapan semula jadi, cerobohan air payau
67. Fluorida Fluorosis tulang & gigi Pemendapan semula jadi, baja, industri aluminum, aditif H2O
68. Sodium Perlu dipantau bagi mereka yang dihalang mengambil sodium Pewujudan semula jadi
69. Sulfat Cirit-birit Pemendapan semula jadi


LOGAM BERAT
70. Arsenik Ketoksikan kulit & sistem saraf Pemendapan semula jadi, sisa elektronik, pelebur, kaca, dusun
71. Barium Kesan pada sistem peredaran Pemendapan semula jadi, pengetat epoksi, pigmen, batu arang
72. Kadmium Kesan pada buah pinggang Penghakisan paip tersalut, bateri, pemendapan semula jadi, cat
73. Kromium Gangguan hati, buah pinggang & sistem peredaran Pemendapan semula jadi, penyalutan elektro, pelombongan, pigmen
74. Tembaga Ketidakselesaan Gastrointestinal Pemendapan semula jadi/industri, pempaipan, pengawet kayu
75. Plumbum Kerosakan buah pinggang & sistem saraf Pemendapan semula jadi/industri, logam pateri, pempaipan, pili aloi loyang
76. Selenium Kerosakan hati Pemendapan semula jadi, peleburan, pelombongan, pembakaran batu arang/minyak
Logam Radioaktif
77. Radium Kanser tulang Pemendapan semula jadi
78. Uranium Kanser Pemendapan semula jadi


IV. KLORIN / PRODUK SAMPINGAN DISINFEKSI (DBP)
79. Chlorite Ketoksikan neuro perkembangan, kesan pada sel darah merah Produk sampingan Klorin dioksida
80. Trihalometana (THMs) - Total Kanser & kesan lain Produk sampingan pengklorinan air minuman


V. BAHAN CEMAR ESTETIK
81. Chloramine Membunuh ikan yang dipelihara dalam akuarium rumah Aditif yang digunakan untuk disinfeksi
82. Klorida Rasa masin Pemendapan semula jadi
83. Hidrogen sulfida Telur busuk, bau dalam air Pewujudan semula jadi
84. Besi Warna berkarat, mendapan, kotoran merah atau oren, rasa metalik Pemendapan semula jadi
85. Butiran Telur busuk, hapak, bawang putih, bau kimia Klorin, hidrogen sulfida, bahan organik, pencemaran gasolin, gas metana, pencemaran septik, dll.
86. Bau Tidak diambil kira Aditif bahan kimia, kompaun pewujudan semula jadi lain
87. Kekeruhan Mengganggu disinfeksi, penapisan Salinan tanah
88. Zink Rasa metalik Pemendapan semula jadi, sisa industri
* Sumber: Persatuan Kualiti Air (WQA) & Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA)






0 comments:

Post a Comment