Friday, February 4, 2011

Apa itu MRT?


Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) Elken ialah satu program pengurusan kesihatan yang komprehensif untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum. Program pengurusan kendiri untuk mencapai kehidupan yang sihat ini berasaskan kajian holistic tentang aktiviti sel manusia yang dibangunkan di Amerika Syarika pada 1975. Pada 1995, Elken mengembangkan MRT kepada 4 langkah yang berikut:
  1. Pemakanan Seimbang
  2. Peningkatan Pengambilan Oksigen
  3. Detoksifikasi
  4. Pelarasan Kesihatan

Sains Asas
Mengapa kita memfokuskan kepada sel individu? Sel yang sihat menghasilkan tisu yang sihat. Tisu yang sihat pula membentuk organ yang sihat seperti hait, ginjal dan jantung. Dua atau lebih organ yang bekerjasama untuk memberi fungsi serupa dipanggil sistem. Sistem organ yang sihat menghasilkan tubuh yang sihat.

Sel-sel merupakan asas atau blok binaan bagi tubuh manusia. Jika sel anda tidak sihat, asas anda akan menjadi tidak stabil dan seluruh tubuh anda akan terjejas. Beberapa factor yang kebiasaannya boleh menyebabkan sel-sel anda tidak sihat termasuklah pencemaran udara, pencemaran air, tekanan harian, kurang bersenam, gaya hidup yang tidak menentu serta diet yang tidak seimbang.

"Tubuh kita terdiri daripada 60 trilion sel yang membentuk asas kehidupan. Setiap bahagian tubuh perlulah benar-benar sihat supaya tubuh boleh berfungsi pada tahap yang optimum"
Prof Keiun Kodo
Phd dalam Sains farmaseutik

"Kenal pasti mekanisme selular & molekul yang mendasari penyakit manusia dan gunakan ilmu yang baru diperoleh ini sebagai rawatan"
Dr Ferid Murad
(Penerima Hadiah Nobel dalam bidang perubatan bagi tahun 1998)
Pengarah Institute of Molecular Medicine for the Prevention of Human Diseases di Houston, Texas

"Program MRT Elken ialah satu program penjagaan kesihatan yang kuat, natural dan komprehensif. Program ini telah terbukti Berjaya melebih 10 tahun. Saya menyokong penuh visi baru Elken untuk mempromosikan program MRT yang 'dipertingkatkan'"
Dr Yasumasa Kudo
PhD dalam Kimia Bio-Organik, Oxford University, UK

Ambil Analisis Kesihatan-diri Sekarang »

0 comments:

Post a Comment