Friday, February 4, 2011

Penglibatan Aktiviti Komuniti

Perniagaan yang beretika dan profesional seharusnya disertai tanggungjawab, dan dengan bangganya Elken sebagai warga korporat memainkan peranan ini. Elken berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu menjadikan dunia ini suatu tempat yang lebih baik untuk para pelanggan, pengedar, pekerja, dan komuniti keseluruhan.

Bantuan Mala Petaka Antarabangsa dan Tempatan
Pada 1999, Elken telah menubuhkan kempen pengutipan dana untuk Dana Kemanusiaan JE Nanyang demi membantu petani yang menghadapi masalah kewangan dan hilang rezeki hidup semasa perebakan JE.

Pada 2007, Elken telah mendirikan pusat pengumpulan di seluruh negara bagi mengumpul makanan dan barangan keperluan para mangsa banjir di Malaysia dan menyeru ahli-ahlinya agar menderma dan menaja biskut dan kopi dengan penyumbangan RM10 di lebih daripada 100 cawangan seluruh negara.

Pada 2008, Elken telah mendermakan RM100,000 kepada mangsa gempa bumi Sichuan dan mala petaka angin puting beliung Myanmar sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab korporatnya.

Menyelamatkan Nyawa
Elken mempunyai satu komitmen khusus, iaitu menjadikan aktiviti pendermaan darah sebagai sebahagian daripada khidmat komuniti ‘berkongsi dan mengambil berat’. Elken memegang beberapa rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Penderma Darah Sehari Organisasi Tunggal yang terbesar.

Kempen Kasih Sayang
Sejak 2005, Elken telah menyebarkan kegembiraan Perayaan Kuih Bulan dengan memberikan kuih bulan percuma setiap tahun. Sehingga kini, lebih daripada 6,000 kotak kuih bulan telah diberikan kepada rumah orang tua, rumah anak yatim, organisasi kebajikan dan pelajar kurang berkemampuan daripada sekolah-sekolah di seluruh negara.

Memperkuatkan Golongan yang Kurang Bernasib Baik
Yayasan Elken telah didirikan pada 2007 dengan visi mengurangkan kemiskinan dan penderitaan, menekankan kebergantungan pada diri dan penguasaan golongan yang tidak bernasib baik dan miskin melalui pendidikan dan latihan demi membaikpulih kehidupan dalam komuniti. Sejak pengasasan, yayasan telah bekerjasama dengan PJ Live Arts, sekolah-sekolah dan organisasi bukan kerajaan seperti Living Hope agar golongan yang miskin mampu menikmati ceramah tentang nutrisi, program cuti sekolah yang menyeronokkan, lawatan ke pameran dan snek-snek yang menyihatkan.

0 comments:

Post a Comment