Friday, February 4, 2011

Keadaan kimia badan dalaman seorang wanita berubah dengan peredaran masa, mengakibatkan pelbagai masalah seperti haid tidak tetap, ketidaksuburan, rambut putih pramatang, pergolakan perasaan dan penuaan pramatang.

Ramai antara kita yang tidak sedar biasanya akan mengadu tentang kulit yang kusam, daya ingatan yang lemah, senang naik angin, kesukaran jatuh tidur, berat badan bertambah walaupun makan lebih kurang, tidak puas hati dengan bentuk badan kita atau kehilangan keyakinan diri.
Lebih baik daripada menyalahkan stres, umur ataupun pencemaran untuk masalah-masalah ini, anda boleh mendapatkan satu penyelesaian semula jadi – penawar-penawar herba dipercayai selama bergenerasi lamanya yang dibangun berdasarkan Perubatan Cina Tradisional dengan penyelidikan praktikal serta aplikasi selama bertahun-tahun. Asas herba untuk wanita ini mendekati badan manusia secara holistik, bergantung pada bukan sahaja satu tetapi pelbagai jenis herba yang mana kombinasi-kombinasi berlainan berganding secara sinergistik dalam sistem endokrin untuk membantu dan melegakan banyak masalah hormon wanita dan mengembalikan keseimbangan di dalam badan. Mulalah hari ini dan mengkhasiatkan badan anda dari dalam untuk kesihatan wanita yang berseri-seri.



Radix Astragali Seu Hedysari
- herba yang paling berkesan dalam mengembalikan ‘qi’. Ia amat membantu dalam merawat organ-organ prolaps
Semen Vaccariae Segetalis - mencergaskan aliran darah, menggalakkan haid, meningkatkan laktasi, melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.
Radix Codonopsis Pilosulae - mengembalikan ‘qi’ (tenaga dalaman) di dalam limpa dan perut untuk meningkatkan penyerapan dan penghadaman, menambahkan penghasilan sel darah merah dan hemoglobin

0 comments:

Post a Comment