Friday, February 4, 2011

Anugerah Elken

Anugerah Korporat


Kekuatan ELKEN terletak pada visi korporatnya yang telah mengemudikan syarikat ini bagi membina satu asas yang kukuh melalui urus tadbir korporat, penguasaan ilmu, peningkatan produktiviti, inovasi berterusan serta perkhidmatan komuniti. ELKEN telah membuktikan berkali-kali sebagai peneraju dalam industri yang diceburinya.

Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2008, 2009
ELKEN Bio Pure telah dianugerahi Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest (Malaysia) untuk 2 tahun berturut-turut oleh penganugerah terkemuka Asia untuk prestasi jenama. Dalam kaji selidik jenama ini, pengguna yang dipilih secara rawak diminta menilai sesuatu jenama dari segi imej kewibawaan, kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman terhadap keperluan pengguna dan inovasi. Hasilnya, ELKEN Bio Pure muncul sebagai satu-satunya Jenama Dipercayai dalam kategorinya yang dapat menyingkirkan hampir kesemua pencemar air.

Mohor Emas WQA 2008
Siri ELKEN Bio Pure Ken telah dianugerahi Mohor Emas WQA S-300, salah satu mohor lambang kualiti dan prestasi yang paling dihormati dan diperakui dalam industri rawatan air. ELKEN Bio Pure merupakan salah satu daripada tiga penerima di seluruh dunia setakat ini, dan yang pertama dan satu-satunya sistem yang berasaskan membran di Asia yang menerima perakuan industri antarabangsa.

Pemenang Pingat Pameran Antarabangsa Geneva 2008
Setiap tahun, Pameran Antarabangsa Inovasi Geneva menarik peserta dari lebih 45 buah negara dengan anugerah inovasi yang amat diidam-idamkan. Pada Pameran Antarabangsa yang ke-36 di Geneva, ELKEN Bio Pure muncul sebagai satu-satunya sistem osmosis songsang yang memenangi pingat atas kecanggihannya.

Anugerah Usahawan Cemerlang 2003, 2008
Dianjurkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), ELKEN telah diiktiraf untuk peranan dan usahanya dalam membina bangsa usahawan. Anugerah Usahawan Cemerlang telah disampaikan kepada 3 orang pengedar Elken sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar mereka dalam membangunkan manusia, perniagaan dan masyarakat.

Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) 2006
ELKEN telah dianugerahi Jenama Unggul Malaysia (Pilihan Pengguna) pada 2006 untuk mengiktiraf kebolehpercayaan jenama ini atas kualitinya yang unggul. Dalam Anugerah Pilihan Pengguna, kaji selidik dijalankan bersama ratusan pengguna yang berada di pasaran tempatan. Pengguna kemudiannya diminta mengenal pasti jenama yang terbaik yang mewakili kekuatan, reputasi dan kebolehpercayaan jenama-jenama di pasaran.

Penderma Darah Terbesar oleh Sebuah Organisasi Tunggal dalam Sehari 2003, 2004, 2005
Dalam kempen derma darah tahunan ELKEN, projek perkhidmatan masyarakat ini telah diiktiraf sebagai penderma darah terbesar oleh sebuah organisasi tunggal dalam sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Malaysia Book of Records pada 2003. Selama 2 tahun berturut-turut, ELKEN memecahkan rekodnya sendiri untuk meningkatkan lagi pencapaiannya bagi membawa harapan baru kepada pesakit.

Juara Kebangsaan Amalan 5S 2004
ELKEN telah berjaya sebagai syarikat jualan langsung pertama dalam industrinya yang diberikan Pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Negara di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Selain itu, dalam Pertandingan 5S Antara Organisasi 2004, kumpulan syarikat ELKEN menggondol anugerah utama peringkat kebangsaan dalam 3 kategori. Anugerah 5S ini memaparkan amalan 5S terbaik dari segi keefisienan tempat kerja yang meliputi bidang logistik, perkhidmatan pengguna dan pendokumentasian korporat.

Anugerah Kecemerlangan Jenama – 2004
ELKEN telah dianugerahi Anugerah Cemerlang e-Usahawan Asia Pasifik ke-3 bagi kategori Kecemerlangan Jenama yang dipilih daripada lebih 300 pencalonan. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada ELKEN yang berjaya menyahut cabaran era elektronik untuk meningkatkan daya saingnya ke arah globalisasi. Kriteria lain bagi anugerah ini termasuklah pembangunan budaya minda berkualiti korporat, kejayaan pelaksanaan pelan perniagaan strategik dan pencapaian sebagai peneraju perniagaan dengan kelebihan bersaingan.

Anugerah Keris Ketulusan Syarikat– 2003
Bahagian pengilangan sistem penulenan air ELKEN telah dianugerahi Anugerah Ketulusan Syarikat Antarabangsa Rantau Asia Pasifik/Anugerah Keris Malaysia 2003 oleh Pertubuhan Ketulusan Syarikat dalam Anugerah Antarabangsa Asia Pasifik/ Anugerah Keris Ketulusan Syarikat Malaysia ke-2. Kemenangan anugerah ini sekali gus membuktikan prestasi ELKEN dalam industrinya melalui amalan perniagaan baik dan perancangan, pembangunan strategi pemasaran yang strategik serta menjadi pendahulu dalam pengindustrian elektronik dan pemodenan.

Pembangun Manusia Terbaik - 1997
Pada 1997, ELKEN adalah salah-satu daripada 5 syarikat yang muncul sebagai Pembangun Manusia Terbaik di Malaysia dalam satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Deloitte KassimChan dan The Edge. Dalam kaji selidik yang ekstensif ini, 500 buah syarikat Malaysia dari semua sektor telah dikaji dari segi penglibatan sosial, pembangunan kerjaya, pembelajaran dan inovasi perniagaan syarikat bagi memilih lima yang terbaik di negara ini.

Pensijilan ISO: Sistem Pengurusan Standard Dunia
ELKEN telah ditauliahkan pensijilan ISO sejak tahun 1998. Malah ia merupakan syarikat jualan langsung pertama yang ditauliahkan Pensijilan ISO 9002 oleh SIRIM pada tahun 1998 untuk komitmennya terhadap kualiti dan kecemerlangan. Pada tahun 2000, pentauliahannya telah dinaik taraf kepada ISO 9001:2000 untuk berfokus pada prinsip pengurusan berkualiti demi memenuhi kepuasan pelanggan melalui peningkatbaikan yang berterusan. ELKEN terus meningkatkan paras kecemerlangan kualitinya memandangkan kini ISO akan dinaik taraf kepada 9001:2008.


0 comments:

Post a Comment