Friday, February 4, 2011

Sistem Pembiakan

Wanita

  • Organ utamanya terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus
  • Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopause
  • Ia adalah sihat apabila:
    • Tiada masalah PMS
    • Rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang
    • Tiada jangkitan kandidiasis

Fungsi asasnya ialah:

  • Untuk menghasilkan ovum (telur)
  • Untuk mengadakan hubungan seksual
  • Untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehinggan ia matang
  • Untuk melahirkan anak

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:

  • Kemandulan
  • Sindrom prahaid
  • Masalah berkaitan dengan kehamilan
  • Kandidiasis (jangkitan yis)

Statistik

  • Kanser payu dara ialah kanser yang ke-3 paling biasa di seluruh dunia (Malaysian Medical Association)
  • Kira-kira 75% wanita dewasa sekurang-kurangnya pernah sekali dalam hidup mereka mengalami jangkitan vagina (Seattle Biomedical Institute)
  • Di AS, 6.1 juta wanita berumur 15 hingga 44 tahun kurang upaya melahirkan anak(Centers for Disease Control and Association)


Lelaki

  • Organ utamanya terdiri daripada vesikel, kelenjar prostate, uretra, zakar dan testis
  • Ia berkait rapat dengan sistem endokrin; yang menghasilkan sperma dan hormon seks
  • Tidak berfungsi sepenuhnya sehinggan akil baligh
  • Prestasi seks yang maksimum bergantung pada keupayaan lelaki mencapai dan mengekalkan eraksi secara semula jadi
  • Kelenjar prostate merembes dan mengecut semasa penyemburan semen, atau pancutan air mani
  • Prostat menutup uretra, menyekat saluran kencing ketika masa pengecutan

Fungsi asasnya ialah:

  • Untuk menghailkan sperma
  • Untuk memindahkannya kepada wanita

Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:

  • Mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)
    • Ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi
  • Prostatik hipertrofi benigna atau BPH
    • Prostat yang membesar, menekan uretra dan menyebabkan penyumbatan dan akhirnya menyebabkan proses kencing yang teragak-agak, terganggu dan lemah
    • Kencing malam yang kerap, sukar untuk mula kencing atau meleleh
    • Jika keadaan ini dibiarkan , ia boleh menyebabkan kanser prostate

Statistik

  • Sebanyak 218,890 kes baru kanser prostat didiagnos tahun ini (2007) dan sebanyak 27,050 lelaki akan meninggal dunia dari jangkitan tersebut. Kanser prostat adalah yang ke-2 penyebab utama kematian kanser pada lelaki(American Cancer Society)
  • 80% - 90% daripada masalah mati pucuk disebabkan oleh masalah fizikal, biasanya berkaitan dengan bekalan darah ke zakar (University of Virginia)
  • Di AS, lelaki bertanggungjawab atas 50% daripada kemandualan pasangan yang tidak beranak (John Hopkins Bloomberg School of Public Health)
  • Kanser prostat ialah kanser yang ke-6 paling biasa dalam kalangan lelaki Malaysia (Malaysian Medical Association)

0 comments:

Post a Comment