Friday, February 4, 2011

Apakah RO?

Osmosis Songsang

Osmosis Songsang (RO) ialah satu teknologi rawatan umum yang menghasilkan air berkualiti tinggi. Tekanan memaksa air ke arah membran separa-telap untuk menulenkan air pada tahap molekular. RO biasanya mengandungi satu penapis mendapan dan satu penapis karbon teraktif, yang menyingkirkan klorin dan mengurangkan kompaun organik mudah meluap (VOC).

RO adalah berkesan terhadap hampir semua bahan cemar kesihatan dan estetik. Menurut satu laporan kajian terkini oleh Associated Press, RO merupakan satu teknologi yang menyingkirkan hampir semua bahan cemar farmaseutikal, yang mana merupakan bahan cemar paling bahaya dan degil hari ini. Menghasilkan air yang teramat tulen menjadikan sistem ini digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Membran R.O. berbeza dari segi kualiti. Penggunaan pam dalam sistem R.O. boleh meningkatkan tekanan air, yakni membantu sistem tersebut mencapai keberkesanan maksimum. Rongga pada satu sistem/membran RO yang baik adalah sekecil 0.0001 mikron.

Osmosis Songsang menyingkirkan:

  • Bahan cemar biologi seperti Bakteria, Virus dan Parasit
  • Bahan cemar organik seperti Racun Rumpai, Racun Serangga dan Ubatan Farmaseutikal/Perubatan
  • Bahan cemar bukan organik seperti Debu, Mendapan, Asbestos, Nitrat dan Nitrik
  • TDS seperti Kalsium, Fluorida, Magnesium dan Sodium
  • Logam berat seperti Arsenik, Tembaga, Plumbum dan Kadmium
  • Ion radioaktif seperti Radium dan Strontium
  • Produk Sampingan Disinfeksi seperti Trihalometana
Analisis metode
rawatan air rumah anda »

0 comments:

Post a Comment