Friday, February 4, 2011

Jaminan Jenama

Sejak pengasasan melebihi sedekad yang lalu, Elken tetap berpegang pada misi memperkaya kehidupan dan menggalakkan masyarakat umum supaya menjalani kehidupan yang llebih bahagia, ebih bermakna dan lebih memuaskan.

Fokus kami sentiasa berkisar pada pembinaan manusia sejagat. Pada saat anda menyertai kami, Elken akan membantu menjayakan anda, agar anda mampu menjayakan orang lain.

Mungkin ekspresi ini masih baru, namun ideologi yang didukung adalah sama seperti pada Hari Pertama ia ditubuhkan, yang berbunyi: Elken. Jayakan Anda. Jayakan Bangsa

Ini merupakan refleksi yang paling tepat tentang falsafah Elken dalam memupuk manusia sejagat supaya menjadi yang terbaik mengatasi diri sendiri dan orang lain, sementara menyampaikan kebijaksanaan dan memupuk orang yang dikasihi, sahabat handai dan sesiapa sahaja kenalan untuk mengalami nikmat yang sama melalui budaya penyayang dan berkongsi Elken yang unik.

Kami menjayakan orang lain dalam pelbagai cara. Ini merangkumi aspek kesihatan, pembangunan peribadi, keyakinan, kegembiraan, kemakmuran kewangan, kerjaya, keluarga dan banyak lagi. Ia meliputi inti pati berhubung dengan orang lain dari Hati ke Hati sambil memperkaya kehidupan mereka melalui perniagaan bersifat mengumpil dan menduplikasi Elken yang unik.

Mesej yang abadi dan bersifat transformasi ini sendiri adalah testimoninya. Sama seperti benih bunga dandelion – walaupun diterbangkan oleh angin menjauhi tumbuhan induknya, sama seperti Elken yang menyebarkan benih saling menyayangi dan berkongsi, mencapai jauh dan menyentuh kehidupan dalam cara yang amat istimewa dan bermakna.

Kesemua ini adalah disebabkan Elken Jayakan Anda. Jayakan Bangsa.

0 comments:

Post a Comment